5 Februari 2017 - 19:57
Sekatan Berkaitan Crimea Ke Atas Rusia Perlu Kekal: Duta A.S Ke PBB

Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Nikki Haley, memberitahu Majlis Keselamatan bahawa negaranya perlu mengekalkan sekatan ke atas Rusia selagi mana wilayah Crimea kekal bersama Persekutuan Rusia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Nikki Haley, memberitahu Majlis Keselamatan bahawa negaranya perlu mengekalkan sekatan ke atas Rusia selagi mana wilayah Crimea kekal bersama Persekutuan Rusia.

"Crimea adalah sebahagian daripada Ukraine," katanya. "Sekatan berkaitan Crimea kami akan kekal sehingga Rusia menyerahkan kawalan ke atas semenanjung itu kepada Ukraine."

Dia juga menambah bahawa negaranya sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Moscow. Akan tetapi, di dalam masa yang sama menegaskan bahawa tindakan Crimea menyertai Rusia adalah sebuah "pendudukan" dan "campur tangan ketenteraan" Rusia di wilayah tersebut.

Crimea dan Sevastopol sebelum ini menjadi sebahagian daripada Rusia berikutan referendum yang menyaksikan 80 peratus daripada pengundi berdaftar di republik itu membuang undi untuk bersatu dengan Rusia. Sebanyak 96.7 peratus pengundi di Crimea memilih untuk bersatu dengan Rusia di dalam referendum itu. Peratusan yang direkodkan di Sevastopol pula mencecah angka 95.6.